SENYUM sentiasa tidak bermakna hati seseorang itu sedang terenyum sama .
siapa tahu hati seseorang kan ? ada luka dalam yg tersimpan , ada tangisan panjang yg dipendam .
Namun , sedaya upayanya tetap cuba tersenyum sentiasa kerana kenangan itu menjadikannya kuat :)
Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri .
Adakalanya kita melangkah dgn penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah .
Bila menangis tak siapa yang tahu . semuanya demi maruah diri .
Walau siapa pun kita dimana kita berada , langit tetap dijunjung , tanah tetap dipijak .
Selagi kita hidup , langkah mesti diteruskan .
Jangan sesekali menyesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk ALLAH yg sedang diuji :)