Apabila melihat wajahnya aku akan berasa tenang ,
Apabila melihat dia tersenyum aku akan berasa sangat bahagia
,Apabila melihat dia berduka aku turut merasa kedukaannya
,Apabila bersama dengannya aku terasa gembira sehingga terlupa masalah yang ada ,
Disaat aku dilanda masalah dia turut membantu ,
Disaat aku dihimpit gelisah dia menghulurkan tangan meredakan kegelisahan ,
Disaat aku memerlukan seseorang dia datang mengisi kekosongan .
Dan dia sanggup berkorban dan bersusah payah untuk aku kerana cinta sejati memerlukan pengorbanan antara kedua belah pihak .